Saturday, February 6, 2010

HEBATNYA SEORANG GURU





i. Minat kepada murid yang diajar
ii. Minat kepada Pengajaran dan Pembelajaran yang perlu guru hayati dan jiwai
iii. Minat kepada ilmu (guru mesti berilmu,mengamalkan budaya membaca dan meningkat
ilmu semasa

Sunday, January 31, 2010

Penjawat Awam

Assallamualaikum,semua cikgu yang sedang bertugas di WP.Labuan.
Saya ingin berkongsi idea bahawa kita sebagai seorang yang bergelar cikgu ini seharusnya tahu peranan kita sebagai penjawat awam yang mana kita masih tertakluk dengan perintah am.Kita sebagai cikgu seharusnya memahami perintah am dan pekeliling-pekeliling yang berkaitan dengan perkhidmatan.Kalau kita tidak patuh dengan arahan perkhidmatan,sudah tentu akan menyusahkan kita dikemudian hari apabila kita sudah bersara nanti.Apa yang sering diabaikan oleh cikgu ialah sering tidak patuh dengan arahan bertugas dan kuatkuasa melapor diri.Jika ini diabaikan sudah tentu akan menjejaskan urusan perkhidmatan jika kita berpencen nanti.Ini adalah contoh hal-hal yang berkaitan dengan perkhidmatan,malahan banyak lagi yang kita tidak ambil kisah mengenai perkhidmatan sebagai seorang guru.Kita menganggap hal perjawatan dan perkhidmatan adalah tugas Pembantu Tadbir di sekolah,kita kurang ambil tahu...apa yang penting tiap-tiap bulan ada duit yang boleh dicucuk daripada dinding.Oleh itu,sama-samalah kita ingat-mengingati mengenai perjawatan dan perkhidmatan kita,terutama bagi cikgu-cikgu yang tidak lama lagi yang akan bersara....tengok-tengok buku BRPtu. Wassallam.

Wednesday, January 20, 2010

Murid Istimewa


Pagi tadi saya telah memantau ke Kelas Pendidikan Khas SK.Pantai.Daripada pemerhatian saya murid istimewa ini sesungguhnya perlukan pendidikan dan kasih sayang daripada oranng yang sangat rapat dengannya.Sudah tentulah orang yang paling rapat dengan mereka adalah ibu bapa dan gurunya.Oleh itu, saya harapkan semua guru pendidikan khas dapat berperana sebagai guru pendidikan khas yang sabar,tabah,komitmen dan penyayang.sesungguh tugas guru adalah satu kerjaya yang cukup mulia dan sangat dihormati.